| Home |
|
LATAR BELAKANG |
||||
|
Jabatan
Teknologi Maklumat dan Stor Negara telah ditubuhkan pada 15hb.
Januari 1996 berikutan dengan pencantuman Jabatan Stor dan
Perbekalan Negara dan Bahagian Teknologi Maklumat Kementerian
Kewangan. Sebelum percantuman tersebut pengurusan Stor dan
Perbekalan bermula semenjak 1945 dibawah Jabatan Pertanian dan pada
tahun 1957 Jabatan Stor dan Perbekalan Negara telah ditubuhkan.Pada
1 Januari 1993, tiga unit komputer dalam agensi kerajaan iaitu
daripada Agensi Pelaburan Brunei, Unit Perancangan Ekonomi dan
Jabatan Perbendaharaan digabungkan menjadi Bahagian Teknologi
Maklumat dalam Kementerian Kewangan. Pada 1 Januari 1994, Unit
Pembekalan Alat Pejabat dan Alat Tulis daripada Jabatan
Perbendaharaan seterusnya dipindah kepada Bahagian Teknologi
Maklumat Kementerian Kewangan.
|
|
|||