| Program Teknologi Maklumat Tahun 2000 Dan Seterusnya |
|
Proses memformulasi rangka kerja perancangan teknologi maklumat kebangsaan bermula pada tahun 1997 selaras dengan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Hari Keputeraan Baginda yang ke-51 pada 15 Julai 1997: Perancangan strategik ini akan menjadi garis pandu
bagi tahun –tahun menjelang abad ke-21 dengan tujuan untuk
memperluaskan penggunaan teknologi maklumat secara teratur bagi
mempertingkatkan produktiviti dan mengelakkan duplikasi.”
Daripada kaji
selidik yang dijalankan pada masa itu, berhasil mengenal pasti isu
utama mengenai penerapan teknologi maklumat dalam sektor awam dan
sektor swasta.
Bermula akhir tahun
2000, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara
Brunei Darussalam menunjukkan komitmen baginda yang jelas untuk
membawa Brunei dan rakyatnya ke
dalam aliran utama IT global. Dalam persidangan kemuncak CEO APEC di
Bandar Seri Begawan pada 14 November 2000, baginda Sultan menyampaikan titah dengan jelas bahawa “Brunei
adalah terbuka untuk perniagaan”. Baginda menonjolkan usaha untuk
membentuk e-Kerajaan dan e-Perdagangan khususnya dan “e-Brunei”
umumnya (singkatannya bermakna strategi teras yang bertujuan untuk
mewujudkan masyarakat tanpa kertas). Sektor Perkhidmatan juga diberi
penekanan untuk dipertingkatkan selanjutnya untuk mewujudkan peluang
pekerjaan dan sumber pertumbuhan ekonomi, pempelbagaian lebih dari
simpanan minyak dan gas dan aset kewangan. Di samping itu, ada juga
penekanan terhadap penggalakan sektor swasta untuk memainkan peranan
lebih besar dalam program kebangsaan. Sejak itu, pelbagai inisiatif
Teknologi Maklumat telah dimulakan atau diberi nafas baru.
Rangka kerja
perancangan teknologi maklumat kebangsaan, IT 2000 dan Seterusnya,
adalah bagi mempromosi applikasi IT yang efektif kedalam
sektor-sektor awam dan swasta, meningkatkan tahap pengetahuan IT dan
memastikan pembekalan sumber manusia yang berkemahiran dalam IT.
Alhamdulillah,
dengan rangka kerja perancangan teknologi maklumat kebangsaaan, IT
2000 dan Seterusnya selesai, Brunei kini dalam perjalanan
melaksanakan e-Kerajaan sebagai satu langkah membawa negara ini ke
era pentadbiran tanpa kertas. Dengan memfokuskan perhatian kepada
perkhidmatan awam dan pandangan orang ramai pada matlamat yang
hendak dicapai, apa jua cabaran yang akan dihadapi boleh diatasi. |