Home
 

STRUKTUR ORGANISASI

 

PERANAN DAN FUNGSI

Jabatan Teknologi Maklumat dan Stor Negara (JTMSN) mempunyai peranan utama dalam  bidang teknologi maklumat, stor dan perbekalan yang penting, dan pemeriksaan pelupusan harta benda kerajaan. Fungsi-fungsi JTMSN adalah seperti berikut:

Divisyen Pentadbiran dan Kewangan mengurus pentadbiran dan Kewangan Jabatan ini termasuk pengawalseliaan dasar dan pengurusan/perkembangan sumber manusia.

Divisyen Sekretariat Teknologi Maklumat adalah urusetia bagi Majlis Teknologi Maklumat Kebangsaan termasuk Jawatankuasa Eksekutif Program e-Kerajaan, Jawatankuasa Eksekutif Program e-Business, dan membantu Pusat IT kementerian-kementerian melaksanakan program e-Kerajaan.

Divisyen Pusat Teknologi Maklumat mengurus Pusat IT Kementerian Kewangan, Pusat e-Kerajaan dan Pusat Inovasi.  

Divisyen Perbekalan dan Stor Negara mengurus perbekalan dan simpanan yang penting dan pengedaran   / pengekspotan dimasa mendatang termasuk kuota jualan dan permit impot/ekspot bagi beras dan gula.

Divisyen Lembaga Pemeriksa Tetap mengurus pemeriksaan pelupusan harta benda Kerajaan.

Keatas

PENCAPAIAN UTAMA 2003

Jabatan Teknologi Maklumat dan Stor Negara mempunyai pegawai dan kakitangan seramai 201 orang dan bangunan seluas 49,879 meter persegi termasuk 10 gudang. Pada tahun 2003, Jabatan ini telah diperuntukan sebanyak $7,445,017.00.  

Melalui Divisyen Sekretariat IT, terdapat 40 program dan 103 projek e-Kerajaan telah diproses.  

Melalui Divisyen Pusat IT, sebanyak 44 kontrak pemeliharaan sistem komputer ditandatangani. Sejumlah 222 permohonan komputer, 1,675 permohonan perabot, 6 permohonan mesin, 153 permohonan alattulis, 415 permohonan pemeliharaan komputer dan 106 permohonan pemeliharaan mesin telah dibekalkan. Sejumlah 3,184 aduan kerosakkan selesai dari 3,411 aduan yang diterima. 

Melalui Divisyen Perbekalan dan Stor Negara, Jabatan ini mengimpot 3 jenis beras (19,068 tan metrik) diedarkan oleh 215 pemborong dan 1 jenis gula (1,007.65 tan metrik)  diedar oleh 110 pemborong. 

Melalui A.P. impot  yang dibenarkan oleh Jabatan ini, sebanyak 13 jenis beras (1,220.43 tan metrik) diimpot oleh 67 pembekal dan 17 pelbagai jenis gula (1,722.66 tan metrik) diimpot oleh 62 pembekal. 

Melalui Divisyen Lembaga Pemeriksa Tetap, sebanyak 211 permohonan pelupusan, 149 pemeriksaaan pelupusan, 211 sokongan dan 101 sijil akuan pelupusan telah diproses.

Keatas